PAS tolak agenda perpaduan kaum yang sempit – Hadi

0
2
https://www.facebook.com/146911248727335/photos/pb.100044222510324.-2207520000../4305409722877446/?type=3

PAS sedia berbincang dengan semua pihak yang menunjukkan tanda-tanda keikhlasan untuk mencari jalan penyelesaian supaya kembali kepada Islam.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata perkara itu sangat penting bagi mengatasi masalah umat, bukan sekadar agenda politik yang sempit, jangka masa pendek dan tidak beristiqamah bersama Islam.

“Kini, kita sudah merdeka daripada penjajah asing, tetapi masih dijajah fikirannya. Janganlah sekali lagi kita mengulangi kesilapan yang lalu.

“Maka, PAS memperkenalkan pendekatan mengikut petunjuk al-Quran tersebut berkonsepkan Keluarga Malaysia Masyarakat Majmuk. Kami menolak sebarang agenda perpaduan kaum yang sempit dan mempunyai wawasan yang terhad,” katanya menerusi tulisan Minda Presiden PAS, hari ini.

Abdul Hadi berkata, ramai pihak yang mengeluarkan kenyataan masing-masing bagi menyokong wujudnya perpaduan umat dengan pendekatan mereka sendiri.

Bahkan, ujarnya ada juga kalangan yang menganggap perkata tersebut tidak penting kerana ia adalah semata-mata untuk menegakkan agenda peribadi atau kumpulannya sahaja untuk berkuasa.

“Al-Quran ialah sebuah kitab suci yang menjelaskan petunjuk Allah SWT. Kitab yang membawa agenda perpaduan umat manusia seluruhnya yang bersifat majmuk, kerana semua dalam kalangan mereka adalah makhluk ciptaan Allah SWT.

“Islam pula membawa risalah sejagat dengan menugaskan manusia agar berperanan di alam dunia, sebelum dihisab di alam akhirat kelak.

“Inilah keimanan setiap penganut Islam yang berpegang teguh dengan petunjuk Allah SWT daripada kitab suci al-Quran dan teladan daripada Rasulullah SAW,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here