‘Ada mak nyah kerja di lorong menyara ibu lumpuh’ – Ebit

0
3

PENDAKWAH bebas Ebit Lew yang kini dalam misi kemanusiaan di Indonesia berkesempatan menyantuni golongan transgender atau mak nyah yang bekerja di lorang gelap berdekatan Surabaya.

Dalam hantaran di Facebook miliknya, Ebit memberitahu golongan itu mengenali beliau selepas kisahnya menyuap kumpulan punk makan tempoh hari menjadi tular di media sosial.

Katanya, beliau sedih mendengar perkongsian kisah hidup golongan itu kerana ada yang sudah bekerja di ‘lorong’ sejak berusia 14 tahun dan terdapat mak nyah yang bekerja bagi menyara ibu lumpuh.

“Macam-macam kisah di sebalik mereka. Saya cerita Allah sayang kita beri kita iman. Kita semua belum tahu nasib akhir kita di sana. Saya dan kita sama-sama berusaha untuk akhirat. Jaga solat dan ibubapa serta menjauhi yang haram.

“Mereka tanya pasal solat dan lain-lain. Doa-doa. Saya terus kata malam ni semua cuti boleh. Saya nak belanja makan di hotel serta boleh tanya apa sahaja. Mereka gembira untuk ikut. Sampai di hotel, banyak soalan dan luahan mereka.

“Yang halal itu halal. Yang haram tetap haram. Yang utama usaha kita untuk dekat pada Allah dan melaksanakannya. Ada yang kata bagaimana ye nak mula cari rezeki yang halal. Nak dekat dengan Allah. Rindu pada Allah. Meninggalkan yang haram,” tulis Ebit.

Dalam masa sama, Ebit berkata, beliau gembira berpeluang berdakwah bersama kumpulan itu dan terasa rapat seperti kawan-kawan.

Ujarnya, dalam pertemuan itu mereka sempat berkongsi nasihat dan menunaikan solat bersama-sama.

“Katanya ustaz datang lagi yer. Ramai kawan kami yang lain ingin berjumpa ustaz. Semoga Allah terima dan jadikan asbab kebaikan dan hidayah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here