NAIB Presiden Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyeru warga Umno bersolidariti dalam satu ukhwah bersama-sama berjuang demi membela nasib bangsa, agama dan tanah air.
Beliau juga mengucapkan syukur parti tersebut melangkah ke usia matang apabila menyambut Hari Ulang Tahun ke-76, hari ini.
“Jiwa ahli Umno kian utuh dan teguh, dengan semangat dan jiwa yang membara untuk kembalikan mandat rakyat untuk Umno menjadi parti dominan dalam mentadbir kerajaan Malaysia.
“Ayuh warga Umno kita bersolidariti dan berpimpinan tangan dalam satu ukhuwah semangat juang demi membela nasib bangsa, agama dan tanahair.
“Sambutan Ulangtahun Umno ke 76 ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan semangat #Umno yang segar dan baharu,” katanya dalam hantaran Instagram sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-76 Umno, hari ini. – Malaysiapost

