4 tahun lalu ramai tersilap pilih – Ahmad Maslan

0
2
Datuk Seri Ahmad Maslan

SETIAUSAHA Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini mengimbau peristiwa empat tahun lalu yang menyaksikan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak tumbang.

Pada tarikh hari ini empat tahun lalu, BN buat pertama kali dalam sejarah negara tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kepada Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menerusi satu poster dimuatnaik di laman sosial miliknya, Ahmad berkata ketika itu ramai rakyat tersilap pilih.

“Empat tahun yang lalu ramai tersilap pilih, rakyat akhirnya merintih. Tidak akan ulangi kesilapan begini, ayuh bangkit kembali,” kata Ahli Parlimen Pontian itu menerusi poster berkenaan.

Kerajaan PH bagaimanapun hanya bertahan selama 22 bulan susulan ‘Langkah Sheraton’ yang menyaksikan ramai wakil rakyat PH khususnya Bersatu meninggalkan gabungan tersebut.

PRU14 dijangka berlangsung dalam masa terdekat susulan Umno sendiri telah menyatakan pendirian mahu mandat kerajaan dikembalikan kepada rakyat secepat mungkin. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here