Mohamaddin tak setuju laksana undang-undang anti lompat parti

0
3

AHLI Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi berpendapat undang-undang anti lompat parti tidak wajar dilaksanakan di negara ini.

Pada masa sama, bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu berkata Rang Undang-Undang (RUU) mengenainya tidak perlu dibahaskan.

Ini kerana katanya, pembentangan RUU itu bertentangan dengan hak kebebasan bersuara dan memilih yang sepatutnya dimiliki setiap individu, sama seperti kebebasan diamalkan di negara maju lain.

Beliau tidak bersetuju RUU Anti Lompat Parti dibentangkan di Parlimen kerana dakwanya ia bertentangan dengan hak wakil rakyat untuk memilih tindakan yang difikir betul.

“Saya tidak bersetuju bukan kerana saya juga ‘melompat’ tetapi ia adalah hak wakil rakyat. Wakil rakyat berhijrah ke parti lain untuk memperkembang dan menyelesaikan masalah rakyat, pemimpin macam kita melompat demi rakyat.

“Kalau di negara lain bercakap mengenai hak kebebasan dan sebagainya, kita di Malaysia pun bercakap pasal hak kebebasan tetapi mengapa perlu dihalang orang yang berhijrah demi kepentingan rakyat dan negara?,” katanya memetik laporan portal berita Deasoka.

Beliau ditemui media selepas merasmikan sambutan Pesta Kaamatan kawasan Segama, di Lahad Datu semalam.

Mohammadin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Segama adalah antara bekas wakil rakyat Parti Warisan Sabah (Warisan yang keluar parti tahun lalu sebelum menyertai Bersatu.

Dalam pada itu beliau bersetuju jika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan bila-bila masa sekarang jika perkara itu diputuskan oleh Perdana Menteri.

Beliau turut menimbang untuk bertanding bagi mempertahankan kerusi Parlimen Lahad Datu yang dimenanginya pada PRU14 lalu jika ada permintaan dan keadaan kesihatannya mengizinkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here