Aliran trafik tinggi di beberapa lebuh raya utama

0
2
lebuhraya jam kereta jalanraya highway pkp

TERDAPAT pertambahan aliran trafik yang tinggi di beberapa lebuh raya utama berikutan jumlah kenderaan yang meningkat pada hari ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ciapan di laman Twitter berkata, aliran trafik tinggi direkodkan di kedua-dua arah selepas Plaza Tol Bentong iaitu sepanjang 6.1 kilometer (km) menuju ke ibu negara dan 8.7 km menghala ke Lentang.

Sementara itu, aliran trafik tinggi juga dilaporkan berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah ke selatan iaitu Simpang Renggam ke Sedenak dan Sedenak ke Hentian Kulai.

Dalam masa sama, trafik perlahan arah ke utara dari Hentian Kulai ke Sedenak dan selepas Hentian Tangkak ke Jasin dan Ayer Keroh.

Manakala, trafik dilaporkan sesak di Tambak Johor berdekatan laluan masuk Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar arah ke Malaysia. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here