Debaran kenyataan Istana Negara petang ini

0
2

ISTANA Negara akan mengeluarkan kenyataan pada jam 6 petang ini.

Makluman itu disampaikan menerusi satu pesanan kepada media sebentar tadi.

Namun, tidak dinyatakan secara terperinci kenyataan yang ingin disampaikan itu.

Bagaimapun, ia berkemungkinan berkaitan dengan dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beliau kini mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan yang baharu.

Anwar juga memaklumkan akan mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah. – Malaysiapost