Tiz Zaqyah bertemu abang kandung setelah terpisah 34 tahun

0
2
Tiz Zaqyah

PELAKON Tiz Zaqyah meluahkan rasa syukur apabila Ramadan kali ini dia akhirnya dapat bertemu dengan abang kandungnya.

Pemilik nama sebenar Siti Zaqyah Abdul Razak, menerusi perkongsian di Instagram memberitahu dia dan abangnya itu sebelum ini terpisah selama 34 tahun.

“Saya memang selalu mengharapkan ada abang. Keajaiban, hajat saya tertunai. Ramadan paling indah.

“Kami berjumpa pada Isnin lalu. 34 tahun sepanjang hidup saya, hello abang Zacky dan kakak ipar saya yang cantik dan anak-anak buah!!

“Momen yang sangat beremosi. Alhamdulillah, akhirnya disatukan, permudahkanlah perjalanan kami sekeluarga,” ujarnya dalam hantaran itu.

Menerusi ruangan komen, abangnya turut mengucakan rasa syukur dengan pertemuan itu dan berharap urusan mereka berdua untuk berjumpa dengan bapa kandung berjalan lancar.

“Syukur dapat jumpa Tiz. Semoga dapat berjumpa dengan ayah kita pula! Minggu yang sangat menyentuh perasaan,” komen abangnya.

Perkongsian pelakon drama Nur itu mendapat perhatian ramai malah rata-rata rakan artis turut berkongsi rasa gembira dengan melayangkan komen-komen positif. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here