Kritikan terhadap hakim kes profil tinggi keterlaluan

0
2

KRITIKAN yang dilemparkan orang awam yang tidak berpuas hati dengan keputusan hakim tertentu ter­utama melibatkan kes berprofil tinggi dianggap keterlaluan.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat da­lam nada kesal menyifatkan kritikan itu boleh menghakis keyakinan ke atas imej kehakiman.

“Adalah menjadi lumrah bagi kita para hakim untuk mene­rima kritikan dan tohmahan da­ripada pihak yang terkilan dengan keputusan mahkamah, apatah lagi kes berkepentingan awam.

“Namun, apa yang ber­la­ku dalam beberapa hari ini yang membabitkan toh­ma­­­han terhadap hakim dan badan kehakiman, pada pan­da­ngan saya, (adalah) agak keterlaluan,” katanya seperti dilapor Utusan Online.

Namun, beliau tidak menyatakan secara khusus, namun pandangan itu diper­cayai merujuk kepada pel­bagai tuduhan terhadapnya yang dibuat menerusi media sosial sejak akhir-akhir ini.

Khamis lalu, Pejabat Ke­tua Pendaftar Mahkamah Persekutuan membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan liar itu kononnya Tengku Mai­mon mempunyai pakatan de­ngan pemimpin parti politik tertentu.

Ini termasuk dakwaan meng­adakan komplot bagi mempercepatkan perbicaraan dan menjatuhkan hukuman terhadap beberapa pemimpin politik tempatan.

Mengulas lanjut, Tengku Maimun berkata, hakim se­cara umum tidak terlepas da­ripada kritikan awam kerana penyandang jawatan itu bukanlah sempurna atau bebas melakukan kesalahan.

“Bagaimanapun, ia bukan­lah bermakna badan ini terbuka untuk bebas diserang habis oleh netizen atau ahli politik hanya kerana tidak memenuhi kepentingan mereka,” tegas­nya.

Beliau mengingatkan orang awam bahawa institusi ke­ha­kiman merupakan ba­risan terakhir yang mem­pertahankan keluhuran de­mokrasi ber­per­lembagaan daripada terhakis.

Justeru ujarnya, apabila ada keperluan untuk kritikan ke atas cabang tersebut, ia sepatutnya perlu dalam situasi mem­bina dan bukannya men­cetuskan keraguan integriti ke­hakiman.

Meskipun dalam keadaan ter­tentu hakim tidak dapat me­nyekat kritikan awam, tetapi mereka masih ada kawalan me­mastikan tohmahan yang di­lem­par tidak mencampuri kes diuruskan.

Pandangan popular ka­ta Tengku Maimun, buk­an penentu sabitan kes itu sebaliknya ia tetap berlandaskan bukti dan fakta yang dibentangkan serta berdasarkan merit prinsip per­undangan.

Sehubungan itu, beliau me­minta hakim agar sentiasa ber­pegang teguh kepada prin­sip yang termaktub kerana ia akan menentukan atau men­cer­min­kan kejujuran men­ja­lankan ke­wajipan.

“Saya juga ingin me­ng­ingatkan bahawa aspek penting tugas ialah penyediaan alasan penghakiman bagi kes yang telah diputuskan dalam tem­poh masa yang agak mu­nasabah.” katanya.

Beliau turut menasihatkan hakim agar menjaga ta­ta­kelakuan selaras dengan Kod Etika Hakim 2009 dan te­kun mendengar sebelum me­mu­tuskan kes berlandaskan prin­sip yang mantap. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here