Peralatan PMA OKU dilarang atas jalan raya, risiko kemalangan – MOT

0
2
MCA deputy president Datuk Seri Dr Wee Ka Siong

KEMENTERIAN Pengangkutan Malaysia (MOT) hari ini menjelaskan kekeliruan orang ramai terutamanya golongan orang kelainan upaya (OKU) berkaitan peraturan penggunaan peralatan Personal Mobiliti Aids (PMA).

Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, kenderaan mikromobiliti di bawah klasifikasi Personal Mobiliti Aids (PMA) secara umumnya adalah merupakan kenderaan yang mana direka bentuk dan dibina bagi kegunaan individu yang mempunyai masalah pergerakan dan khasnya untuk golongan OKU.

“Penggunaan PMA ini di atas jalan adalah dilarang. Ini bermakna, tiada mana-mana orang dibenarkan menggunakan di atas jalan yang bercampur dengan aliran trafik kenderaan motor yang lain seperti kereta, lori pasir dan bas.

“Jika tidak dilarang, penggunaan PMA di atas jalan termasuk di atas lebuhraya akan mendatangkan risiko nahas jalan raya dan kehilangan nyawa atau kecederaan yang tinggi.

“Hal ini juga bagi mengelakkan PMA ini disalah guna oleh individu yang sihat tubuh badan untuk menggunakan sewenang-wenangnya di atas jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, menurut Ka Siong, penggunaan PMA ini tidaklah dilarang untuk digunakan di atas permukaan selain daripada jalan kerana ianya adalah diluar daripada skop Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah Larangan ini.

“Penggunaan di atas permukaan atau lokasi seperti di dalam kawasan shopping mall, laluan pejalan kaki/kaki lima kedai dan di taman-taman adalah tertakluk kepada kuasa-kuasa oleh pihak berkuasa yang berkenaan dan/atau pemilik taman/shopping mall,” katanya.

Penjelasan itu dibuat susulan pengumuman MOT pada 26 April lalu yang memaklumkan tiga kenderaan mikromobititi dilarang penggunaan di atas jalan menerusi pewartaan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (Larangan Penggunaan
Kenderaan Mikromobiliti Tertentu) 2021 (“Kaedah Larangan”).

Kenderaan tersebut ialah moped; personal mobiliti devices termasuk skooter berkuasa elektrik, kuasa enjin pembakaran dalaman ataupun kuasa manusia dan PMA.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dalam membangunkan dasar ini, MOT juga telah mengadakan sesi libat urus bersama wakil-wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat, OKU Central dan persatuan-persatuan OKU pada 23 April 2021, bagi mendapatkan input daripada pihak-pihak tersebut dalam pelaksanaan larangan penggunaan kenderaan mikromobiliti.

“Sehubungan itu, bagi golongan yang benar-benar jatuh di bawah kategori OKU dan/atau mempunyai masalah kesihatan, individu berkenaan boleh menggunakan lintasan pejalan kaki yang diadakan di atas jalan (dengan berada di atas PMA) untuk melintas jalan tersebut.

” Namun, pengguna adalah dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dengan menjaga keselamatan diri dan pejalan kaki yang lain semasa melintas jalan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here