SATU sidang media khas Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin akan diadakan jam 3 petang esok.
Dalam perkongsian di Facebooknya hari ini, beliau memaklumkan sidang media itu dibuat bagi menjelaskan mengenai pengoperasian sekolah susulan pengumuman Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkaitan kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19.
“Kementerian Pendidikan Malaysia menyambut baik pengumuman YB Menteri Kesihatan mengenai semakan semula langkah kawalan semasa fasa peralihan ke endemik sebentar tadi.
“Susulan itu, pada jam 3.00 petang esok saya akan mengadakan sidang media khas bagi menjelaskan tentang pengoperasian sekolah.
“Saksikan secara langsung di saluran yang tertera. Jumpa esok!,” tulisnya. – Malaysiapost

