Ahmad Idham sertai Bersatu

0
3

PELAKON dan pengarah filem, Ahmad Idham Ahmad Nadzri kini menceburi bidang politik apabila dilantik Ketua Cawangan Bersatu Pinggiran Ukay, Ampang, Sabtu lalu.

Sambil melahirkan rasa syukur, Ahmad Idham, 48, berkata penyertaannya ke dalam parti tersebut adalah permulaan satu lagi lembaran baharu dalam perjalanan hidupnya.

Menurutnya, beliau sebenarnya tiada niat menyertai dunia politik secara serius namun ia mula bercambah kerana pernah bekerja dengan menteri.

“Namun saya memperjuangkan Hab Pendidikan Khas dan menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) selepas kontrak ditamatkan.

“Saya mahu mewujudkan satu sistem sokongan komuniti dalam mempertingkatkan pembangunan dan kesedaran terhadap Hab Pendidikan Khas untuk golongan anak istimewa sekitar Ampang.

“Tidak sangka pula mendapat perhatian masyarakat setempat dan kepimpinan parti Bersatu,” katanya memetik laporan BH Online.

Menurut Ahmad Idham, dia menyambut baik ucapan Ketua Bahagian Bersatu Ampang, Mohd Isa Mohd Saidi yang menyatakan perjuangan beliau memberi impak positif kepada masyarakat yang mempunyai anak istimewa, selain selari asas perjuangan parti.

“Pelantikan saya disaksikan Pengerusi Perhubungan Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari. Ini satu tanggungjawab besar untuk dipikul.

“Namun saya komited demi memastikan perjuangan Hab Pendidikan Khas dan usaha membina sistem sokongan komuniti yang mapan dapat direalisasikan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here