RUU Anti Lompat Parti: Semakin banyak kemajuan dicapai – PH

0
3

PAKATAN Harapan (PH) mengakui semakin banyak kemajuan dicapai dalam siri ketiga mesyuarat Jawatankuasa Parlimen menggubal Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti di Parlimen hari ini.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata dalam mesyuarat itu banyak persetujuan dicapai, selain butiran tidak dipersetujui dikeluarkan dan menangguh perkara yang perlu diperhalusi.

“Setakat ini banyak syor dan cadangan PKR dan PH diterima.

“Matlamat utama undang-undang ini terpakai sejurus PRU15. Oleh demikian pembentangan dan kelulusan Parlimen mesti berlaku dalam masa terdekat,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Mesyuarat itu dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

BACA LAGI: Libatkan pengundi dalam penggubalan RUU Anti Lompat Parti – Azalina

Turut mewakili PH dalam mesyuarat itu ialah Gobind Singh Deo, Mohamed Hanipa Maidin serta Datuk Seri Mandius Tangau. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here