Debat Najib-Anwar: Pejabat Naib Canselor UM belum beri kelulusan

0
3

KESATUAN Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) meminta jasa baik pihak pengurusan Universiti Malaya (UM) dalam mempertimbang kelulusan bagi penganjuran debat antara Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan segera.

Menerusi kenyataan hari ini, KMUM berkata penganjuran debat itu akan mencerminkan kepada pembudayaan diskusi ilmiah serta diskusi perihal pembuatan dasar yang perlu dimartabatkan serta komitmen universiti sendiri terhadap perihal tersebut.

Bagi tujuan itu, katanya, KMUM telah menghantar permohonan rasmi secara bertulis beberapa minggu lalu kepada pihak universiti dan telah dimaklumkan ia kini menunggu kelulusan Pejabat Naib Canselor.

“Pihak Kesatuan percaya telah tiba masanya agar nafas politik baharu dan segar untuk dibawa selaras perkembangan wadah politik nasional masa kini dalam meningkatkan keterlibatan serta kecelikan politik anak-anak muda khususnya golongan mahasiswa,” kata kenyataan itu.

Terdahulu kem Najib dan Anwar telah bersetuju untuk berdebat berhubung isu Sapura Energy Bhd pada jam 9 malam di Dewan Tunku Canselor UM, 12 Mei ini.

BACA LAGI: Debat Anwar-Najib diputuskan 12 Mei ini

Perkara itu diumumkan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dan Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil dalam sidang media bersama di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut mereka, irang ramai boleh menyaksikan debat secara langsung melalui saluran media yang akan diumum kelak atau secara fizikal di UM atas jemputan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here