
MALAYSIA melaporkan 2,478 kes baharu Covid-19 semalam, iaitu paling rendah sejak penularan varian Omicron di negara ini.
Ia juga kes terendah dilaporkan di Malaysia dalam tempoh lebih tiga bulan iaitu sejak 17 Januari lalu dengan 2,342 kes.
Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia kini adalah 4,433,551.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini, jumlah kes sembuh yang dicatatkan semalam adalah 9,215.
Daripada keseluruhan kes semalam, 928 adalah kategori 1, (1,518) kategori 2, (16) kategori 3, (11) kategori 4 dan 5 kes bagi kategori 5. – Malaysiapost
