Tahniah guru interim diserap ke posisi tetap – PH

0
2

JAWATANKUASA Pendidikan Pakatan Harapan (JKPPH) berpuas hati dengan perkembangan mengenai penyerapan guru-guru interim ke jawatan tetap yang sebelum ini dilaporkan akan ditamatkan kontrak pada akhir bulan ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, JKPPH berkata mereka mendapat makluman bahawa guru-guru berkenaan telah pun diserapkan sebagai guru tetap.

“Meski sebelum ini guru-guru interim tidak dilibatkan dalam pengambilan guru secara ‘one-off’ melibatkan 18 000 kekosongan, JKPPH berpandangan guru interim harus diutamakan.

“JKPPH telah mendesak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertindak mengenainya melalui satu kenyataan media bertarikh 21 Januari 2022,” menurut kenyataan itu.

Menurut JKPPH, akhirnya KPM dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah menyegerakan panggilan temuduga buat guru interim sebelum tempoh kontrak tamat.

“Mereka telah pun berjaya diserap kep posisi guru tetap di sekolah yang sama.

“Walaupun bukan semua guru interim mendapat peluang ini, JKPPH mendesak agar tidak ada lagi tindakan berbentuk penganiayaan kepada mana-mana guru baik tetap mahupun kontrak agar peluang dirasai untuk semua,” katanya.

JKPPH turut mengucapkan tahniah dan selamat berjuang kepada guru-guru interim yang telah diserap ke posisi tetap termasuk guru-guru baru yang telah pun diserap melalui skim pengambilan guru secara one-off. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here