Hujan lebat punca banjir kilat di KL – Shahidan Kassim

0
2

MENTERI Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim mengarahkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar turun padang setiap kali berlaku kejadian banjir kilat di ibu negara seperti yang berlaku hari ini.

Beliau berkata, ia bagi membantu melancarkan pergerakan trafik serta mententeramkan orang ramai yang terperangkap.

“Saya mahu setiap kali berlaku keadaan seperti ini semua harus turun padang sekurang-kurangnya kita mententeramkan orang ramai.

“Mulai esok kawasan kita akan beri buah kurma kepada orang ramai yang mungkin terperangkap dalam kesesakan lalu lintas supaya mereka boleh berbuka puasa,” katanya selepas meninjau keadaan banjir kilat dan kesesakan jalan yang berlaku di Kuala Lumpur petang tadi.

Mengulas mengenai kejadian banjir kilat berkenaan, beliau berkata ia susulan hujan lebat di Selangor dan Kuala Lumpur menyebabkan air di Sungai Gombak naik dan di beberapa kawasan lain.

“Pam berfungsi dengan baik dan air telah surut di jalan, cuma di sungai air masih tinggi. Walaubagaimanapun pemantauan setiap tempoh 10 minit mendapati airnya mulai surut dan dijangka akan surut lagi.

“Smart Tunnel juga berfungsi dan semuanya telah berjalan dengan baik. Cuma keadaan trafik sesak membabitkan banyak perkara kerana ada pasar Ramadan dan promosi jualan yang semua ini berhubung kait,” katanya.

Beliau berkata, bagaimanapun trafik sudah dilancarkan di lokasi yang terjejas dan beliau berterima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here