69 lagi tahanan Rohingya masih bebas 

0
2

SERAMAI 69 daripada 528 tahanan etnik Rohingya yang meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara di Relau, Bandar Baharu, Kedah pada 20 April lalu masih bebas setakat ini.

Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, baki 459 tahanan kini sudah ditemukan dan diberkas semula.

Beliau berkata, mereka yang belum ditemui itu terdiri daripada 58 lelaki dewasa, enam perempuan dewasa, seorang kanak-kanak lelaki dan empat kanak-kanak perempuan.

“Mereka yang sudah diberkas semula terdiri daripada 236 lelaki dewasa, 91 wanita, 68 kanak-kanak dan 64 kanak-kanak perempuan. 

“Usaha kini masih giat dijalankan oleh pihak berkuasa bagi memburu mereka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam kejadian Rabu lalu, seramai 528 tahanan merusuh dan meloloskan diri dari depot tersebut kira-kira jam 4.30 pagi.

Enam tahanan yang melarikan diri itu termasuk dua kanak-kanak, turut maut selepas dirempuh kereta jenis Toyota Vios ketika mahu melintas jalan di KM 165 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) kira-kira jam 6.50 pagi. 

Semua tahanan yang diberkas itu dipindahkan ke beberapa depot di kawasan lain antaranya Depot Semenyih di Selangor; Langkap, Perak; Machap Umboo di Melaka dan Bukit Jalil, Kuala Lumpur. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here