DBKL, PDRM kesan pelaku vandalisme di Medan Pasar

0
2

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang mengesan beberapa remaja dipercayai melakukan vandalisme yang menyebabkan kerosakan papan tanda awam di Medan Pasar, Kuala Lumpur, semalam.

DBKL menerusi Facebook berkata, perbuatan salah laku tersebut dikesan melalui kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berkenaan.

“Terdapat segelintir remaja yang telah melakukan vandalisme terhadap papan tanda awam untuk permainan papan selaju di kawasan RoL Medan Pasar.

“Bagaimanapun, DBKL yang membuat susulan segera di kawasan berkenaan mendapati remaja ini telah melarikan diri,” katanya.

Sehubungan itu, DBKL dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan pelaku berkenaan.

BACA LAGI: Warga emas dituduh seks luar tabii dengan kucing

Tambahnya, mereka yang melakukan salah laku terhadap harta awam boleh dikenakan denda sehingga maksimum RM2,000.

“Beriadah boleh tapi jangan merosakkan,” katanya. – Malaysiapost

Rakaman CCTV.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here