BEBERAPA individu berputih mata apabila wang di dalam akaun bank mereka hilang selepas melakukan pembayaran di aplikasi khidmat bersih rumah berkenaan.
Menerusi hantaran di Facebook, Hid Mohamad dan Md Nor Izzudin mendakwa mengalami kerugian ribuan ringgit selepas menjadi mangsa scammer perkhidmatan pembersihan rumah tidak wujud.
Menurut Hid Mohamad, dia dan Nor Izzudin telah menjadi mangsa scammer dua syarikat khidmat bersih yang berlainan iaitu ‘Home Cleaning’ dan ‘My Maid’ tetapi modus operandi digunakan agensi terbabit adalah sama.
“Exactly! saya juga menjadi salah seorang mangsa kejadian sama. Modus operandi yang sama. Kejadian baru berlaku Jumaat lepas 22 April lalu jam 2 petang.
“Perjalanan cerita yang sama 100% tetapi agensi cleaning tu ialah ‘Home Cleaning’ dan nombor telefon yang digunapakai untuk WhatsApp ialah 01114212018,” katanya.
BACA LAGI: Pakej rawatan muka bernilai RM20,000 ‘laku keras’ sempena Syawal
Susulan itu, Hid Mohamad berkata, dia telah membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur tetapi prosesnya agak lambat kerana akaun banknya dibuka di Melaka dan perlu menunggu untuk perpindahan kes.
“Jadi selepas mendengar cerita dari saya, polis Melaka transfer balik kes ke Kuala Lumpur kerana kejadian berlaku di sini.
“Jam dah menunjukkan 5 petang di mana saya tak sempat nak pergi bank untuk buat ‘report directly’,” tulisnya.
Hid Mohamad berkata, mungkin selepas membaca hantarannya, ramai yang akan beranggapan bahawa dirinya cuai, tetapi melihat promosi dan tawaran pihak agensi itu berikan membuat dia tertarik.
Justeru, dia meminta orang ramai untuk berwaspada dan berhati-hati dengan iklan sebegini.
“Memang orang akan cakap saya cuai, tetapi semua orang kalau kena semestinya terpaku dengan tawaran dia.
“Banyak agensi khidmat bersih yang saya nak ambil ‘services’ mereka (di mana saya akan minta ‘company name’, no company etc) tetapi tidak untuk agency Home Cleaning ini.
“Semua orang ‘please please please’ hati-hati. Never ever terpedaya dengan tawaran terlalu murah,” katanya.
Sehubungan itu, Hid Mohamad memohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia untuk menyiasat dan mengambil tindakan segera berhubung kejadian sindiket penipuan terbaharu ini, selain mahu pihak bank meningkatkan keselamatan demi kepentingan pengguna.
“#Maybank2u #Secure2u ‘seriously’ tak secure. Tak selamat. ‘We need your help’,” katanya. – Malaysiapost
Kunjungi bahagian Resam Hidup untuk baca cerita yang terkini dan menarik

