Polis tahan warga Indonesia mengamuk bakar kereta peronda polis

0
2

POLIS berjaya menahan seorang lelaki Indonesia yang dipercayai mengamuk dan membakar kereta peronda polis di kawasan rumah kongsi di tanah matau balak di Kampung Selengkong Nenasi, di Pekan, hari ini.

Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf, lelaki berusia sekitar 30-an itu ditahan pada jam 4.20 petang ketika bersembunyi di hutan berdekatan lokasi kejadian.

Ketika diberkas, polis turut merampas tukul dan sebatang kayu bersamanya.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Pekan pada 25 April (Isnin) untuk permohonan tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian semalam, suspek dipercayai telah mengamuk di kawasan rumah kongsi pekerja.

Dua anggota dari Balai Polis Nenasi telah pergi ke tempat kejadian untuk mengawal keadaan, namun suspek telah bertindak agresif dan mencederakan mereka.

Dia kemudian dipercayai membakar kereta polis terbabit sebelum melarikan diri. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here