Anak yatim berbilang bangsa, pelajar tahfiz dirai berbuka puasa

0
2

TIMBALAN Menteri Perpaduan Negara, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal semalam menyantuni kira-kira 200 tetamu termasuk anak-anak yatim berbilang bangsa dan pelajar tahfiz.

Mereka diraikan dalam majlis berbuka puasa Keluarga Malaysia anjuran bersama Yayasan Usahawan Negara di Restoran Kelana Seafood, Kuala Lumpur.

Turut hadir, Pengerusi Yayasan Usahawan Negara, Datuk Seri Megat D Shariman Zaharudin.

Dalam ucapannya, Wan Ahmad Fayhsal berkata, sebagai sebuah negara majmuk, menjadi kemestian untuk komuniti pelbagai kaum dan agama untuk bersama-sama meraikan amalan mulia dan signifikan seperti berbuka puasa.

Menurutnya, ia selaras dengan semangat Keluarga Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Di samping itu, Wan Ahmad Fayhsal berharap semangat kekeluargaan, muhibah dan kekitaan dapat dikongsi bersama.

“Keraian yang dihadiri lebih 200 tetamu ini diharap dapat memberi sinar keceriaan kepada anak-anak yang hadir agar keberkatan Ramadan dan kemeriahan Syawal dapat dikongsi bersama,” katanya.

Beliau turut menyampaikan duit raya kepada 109 orang jemputan istimewa iaitu daripada Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia, Tahfiz Al-Ansar Keramat dan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary. – Malaysiapost

TIMBALAN Menteri Perpaduan Negara, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal semalam menyantuni kira-kira 200 tetamu termasuk anak-anak yatim berbilang bangsa dan pelajar tahfiz.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here