Fahmi Reza kembali ke Bukit Aman

0
4

AKTIVIS dan pereka grafik kontroversi, Fahmi Reza sekali lagi dipanggil ke Bukit Aman untuk memberi keterangan kepada polis hari ini.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada ia berhubung tindakannya memuat naik satira menyerupai beruk memakai tengkolok baru-baru ini atau berkaitan kes lain.

Berkongsi di laman Twitter hari ini, Fahmi menulis ringkas: “Kembali ke Bukit Aman hari ni untuk janjitemu dengan polis.”

Beliau turut memuat naik gambarnya di hadapan pintu masuk utama Bukit Aman.

Pada 16 April lalu, Fahmi dibebaskan selepas ditahan susulan satira beruk berpakaian ala pakaian seragam diraja yang dimuat naik menerusi beberapa platform media sosial miliknya.

Sebelum itu, polis mengesahkan menahan Fahmi untuk membantu siasatan berhubung satira tersebut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata pihaknya mengesan satira tersebut dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Fahmi Reza pada 13 April.

Hantaran tersebut mendapat lebih 12,000 respon, 3,400 komen dan dikongsi hampir 1,000 kali sejak dimuat naik dan mengundang kemarahan warganet yang menyifatkan ia keterlaluan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here