LEMBAGA Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan akan mengenakan bayaran haji sebanyak RM10,980 seorang di dalam kategori B40 iaitu peningkatan RM1,000 berbanding bayaran pada 2019.
Perkara itu diumumkan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin menerusi sidang media khas sebentar tadi.
Beliau juga mengumumkan bayaran haji sebanyak RM12,980 bagi jemaah haji kumpulan bukan B40.

Menurut beliau, TH masih memberi Bantuan Kewangan Haji secara bersasar kepada jemaah haji walaupun terdapat kenaikan kos haji pada tahun ini.
Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad mengumumkan kuota haji Malaysia yang diterima daripada kerajaan Arab Saudi adalah 14,306 orang.
BACA LAGI: Subsidi kerjakan haji masih diteruskan
Jumlah tersebut kurang 45 peratus berbanding 31,600 dari kuota tahunan yang biasa diterima sebelum ini. – Malaysiapost

