‘Kalau betul pun datanglah jumpa saya’ – pemilik mi tonggek

0
2

PEMILIK gerai mi tonggek sotong XXL di Bazar Ramadan Putrajaya mengakui terkesan dengan kejadian tular yang mendakwa juadah dijual mereka dikatakan tidak bersih dan berulat.

Menerusi video dikongsi di Facebook My Makan TV, pemilik gerai itu memberitahu setelah tular di media sosial seorang pelanggan mendakwa membeli mi sotong berulat, orang ramai seperti takut untuk mendekati jualan mereka.

“Sedih pun ada. Tak semangat. Orang nak mai (datang) pun takut,” katanya.

Menurutnya, adalah lebih elok jika pelanggan tersebut berjumpa dengannya terlebih dahulu jika mempunyai masalah berkenaan juadah yang dibeli.

“Kalau betul pun datanglah jumpa saya. Dia seorang sahaja (yang ada masalah) pula itu,” ujarnya dengan nada kesal.

BACA LAGI: Bekas Ketua Setiausaha Negara meninggal dunia

Dalam video itu juga, pemilik gerai terbabit menjelaskan gerai mereka telah dibenarkan beroperasi seperti biasa setelah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya, dalam tinjauan KKM itu beliau telah menerangkan prosedur masakan mereka yang hanya memasak makanan panas di tapak gerai, dan bukannya membawa makanan yang telah siap dimasak.

“Kami sudah terangkan cara kami memasak semua bahan-bahan. Juadah yang kami jual semuanya dimasak di tapak gerai.

“Manakala, penyediaan bahan-bahan untuk dibawa ke tapak jualan disediakan di kedai kami,” ujarnya.

Sabtu lalu, KKM menerusi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) mengarahkan penutupan terhadap gerai menjual mi tonggek di Bazar Ramadan Putrajaya, Presint 13 berikutan didapati tidak bersih.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dilaporkan berkata tindakan penguatkuasaan diambil selepas BKKM menjalankan siasatan dan arahan penutupan itu mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

Ia berikutan seorang pengguna media sosial memuat naik satu video menunjukkan beberapa ekor ulat pada sotong yang dibelinya di gerai itu. – Malaysiapost

Kredit Foto: Youtube MyMakanTV

Kunjungi bahagian Resam Hidup untuk baca cerita yang terkini dan menarik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here