JIM kesan dua individu

0
2

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) memohon orang ramai membantu mengesan dua individu yang dikehendaki bagi tujuan perbicaraan di Mahkamah berhubung beberapa kes pendakwaan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

JIM dalam satu kenyataan memaklumkan dua individu yang dikehendaki terbabit adalah seorang lelaki berusia 36 tahun dan seorang lagi wanita berusia enam tahun

“Maklumat individu yang dikehendaki adalah lelaki bernama Chooi Chan Kin dengan alamat terakhirnya di Jalan Pandai, Taman Connaught, Kuala lumpur.

“Seorang lagi adalah Choi Siang Chin yang beralamat di Taman Indah Sungai Abong, Muar, Johor,” menurut kenyataan itu.

Menurut JIM orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dua individu terbabit dipohon supaya dapat menghubungi terus Pegawai Penyiasat Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (TPPI) Arif Azanor Tompang @ Abd Razak.

BACA LAGI: 700 PATI depot Imigresen lari

“Maklumat boleh disalurkan di talian 03-88801338 / 1330 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat,” katanya. Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here