700 PATI depot Imigresen lari

0
2

SERAMAI 700 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di Depot Imigresen Sementara Relau, Bandar Baharu, Kulim dilaporkan melarikan diri awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, kumpulan PATI antaranya dipercayai warga Bangladesh, Indonesia dan etnik Rohingya dilihat keluar beramai-ramai dari depot terbabit oleh penduduk tempatan.

Difahamkan, semua tahanan itu di bawah seliaan Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang, namun ditempatkan di depot tahanan sementara berkenaan sebelum urusan penghantaran pulang dilakukan, lapor Berita Harian.

Berikutan itu, operasi menahan semula semua tahanan terpaksa dilakukan JIM yang turut mendapat bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bandar Baharu, Kedah dan IPD Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Hingga kini, dimaklumkan lebih separuh tahanan yang terlepas dapat ditahan semula dengan operasi mengesan PATI yang masih bebas masih dilakukan pihak berkuasa.

Sidang media berhubung kejadian itu dijangka dibuat Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud pagi ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here