Sejak amalkan tips ini, Naim Daniel takut tinggalkan solat

0
2

PELAKON dan penyanyi Naim Daniel mengakui dia tergolong dalam golongan “kejap solat, kejap tak solat”. 

Malah dia mengakui masih mencari kesempurnaan dalam mengerjakan Rukun Islam yang kedua itu. 

Naim yang baru pulang dari mengerjakan umrah baru-baru ini berkongsi cara yang diamalkan supaya kewajipannya menunaikan solat tidak culas.

“Untuk orang yang solat kejap ada kejap tak macam aku ni, aku dah jumpa jalan untuk buat kita tak tinggal solat. 

“Kau kena wujudkan urgency (kesegeraan) untuk solat, cuba timbulkan rasa resah bila kalau tak solat. Rasa macam ‘alah sayangnya kalau tinggal’. Setakat ini, cara itu menjadi buat aku,” ciapnya di laman Twitter.

Naim juga menegaskan, betapa pentingnya untuk seseorang itu memahami hubungannya dengan tuhan, iaitu sebagai hamba yang diciptaNya. 

“Apabila kita anggap Allah jadi teman kita, hubungan peribadi yang luar biasa daripada pemahaman orang lain itu, kita je yang rasa. Manis rupanya,” ciapnya. 

Pelantun lagu Sumpah itu berkata, perkongsiannya ini dibuat khas untuk orang Islam yang belum sempurna solat hariannya sama seperti dirinya juga. 

“Aku cakap begini sebab aku antara oranf yang solat ‘on off’ itu, nak wujud rasa pentingnya solat itu sendiri sebab itu akan wujudkan urgency dalam diri nak latihkan diri. 

“Kalau iman seseorang itu memang sudah solid batu bata kemudiannya tak payahlah amalkan benda ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here