Malaysia bersama Palestin – Saifuddin

0
2

MALAYSIA menyatakan sokongan dan solidariti kepada rakyat Palestin yang berterusan ditindas rejim zionis termasuk dalam keganasan terbaru membabitkan pencerobohan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, perkara itu disampaikan beliau sendiri melalui kepada Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh melalui panggilan telefon.

“Saya telah menghubungi Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh berhubung situasi terkini di Palestin.

“Saya menyatakan sokongan dan solidariti Malaysia kepada rakyat Palestin dalam menghadapi keganasan terkini tentera penjajah Israel ke atas para jemaah yang beribadah di Masjid Al Aqsa,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya.

Menurutnya, perbuatan keji dan tidak berperikamanusiaan rejim zionis mesti dikecam sekeras-kerasnya.

Tentera Israel dilaporkan menceroboh dan menyerak jemaah dalam Masjid Al Aqsa pada waktu subuh pada Jumaat dan Ahad lalu mengakibatkan ramai rakyat Palestin yang cedera dan ditahan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here