Enggan pakai pelitup muka, lelaki asing maki hamun pengawal keselamatan

0
3

MASIH lagi terdapat warga asing yang tidak menghormati dan sambil lewa mematuhi pelaksanaan undang-undang di Malaysia. 

Sebelum ini tindakan seorang wanita warga asing yang mengamuk kerana enggan memakai pelitup muka di pusat beli belah di Kuala Lumpur pernah mencetuskan kekecohan di media sosial.

Biarpun insiden itu telah lama berlalu, namun terbaharu sebuah klip video tular yang memaparkan seorang lelaki warga asing berkelakuan serupa seperti insiden lama itu, pada Sabtu lalu. 

Menerusi video berdurasi 18 saat, kelihatan lelaki warga asing berkenaan mencetuskan kekecohan apabila memarahi seorang pengawal keselamatan di sebuah pasar raya yang menegurnya berhubung pemakaian topeng pelitup muka.

Lelaki berkenaan juga turut mengeluarkan kata-kata kesat yang jelas kedengaran menerusi video berkenaan.

“Not wearing one. F*** off. What are you gonna do? (Saya tak mahu pakai. Persetan! Apa yang anda nak lakukan?),” katanya. 

Kemudian, lelaki tersebut turut menunjukkan isyarat lucah jari tengah kepada pengawal keselamatan yang menegurnya, sebelum dia berlalu pergi. 

Ketika kejadian, beberapa pelanggan pasar raya berkenaan turut menyaksikan kekecohan tersebut.

Menerusi perkongsian seorang pelayar di Twitter, difahamkan kejadian tersebut berlaku di pasar raya Village Grocer di M City, Ampang, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun butiran seperti masa dan tarikh berlaku kejadian tersebut tidak dinyatakan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki asing itu yang jelas tidak menghormati undang-undang negara. 

Malah, ramai yang menggesa pihak polis agar mengesan lelaki warga asing berkenaan kerana dilihat melanggar prosedur operasi standard (SOP).

“PDRM, dia hina pengawal keselamatan dan menakut-nakutkan orang awam.

“Tolong hantar lelaki ini pulang ke negaranya dan buat apa saja dia suka di sana. Sila hormati negara tuan rumah,” ciap netizen. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here