PH tidak boleh hilang Selangor, gelap masa depan – Rafizi

0
3

PAKATAN Harapan (PH) dan PKR Selangor dinasihatkan berwaspada dan tidak mengambil mudah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Rafizi Ramli berkata, selepas empat siri kekalahan dalam pilihan raya kecil dan negeri, suasana politik ketika ini sangat berbeza ketika PH menang mengejut dalam Pilihan Raya Umun ke-14 (PRU14) pada 2018 lalu.

“Kalah kali pertama tidak mengapa, kali kedua (kita usaha)…ini dah sampai kalah kali keempat apa dia! Kalau kalah pula di Selangor (PRU15) kita bukan saja masuk gua tapi masuk gua tutup gua tak timbul dah.

“Dan kalau adalah pimpinan dalam PH atau PKR, yang masih bermimpi di siang hari yang kita boleh menang mudah di Selangor seperti sebelum ini, saya minta simbah air dekat muka mereka,” katanya sempena Jelajah Yakini Rakyat di Petaling Jaya dipetik FMT, hari ini.

Rafizi yang bakal bertanding Timbalan Presiden PKR berkata, sekiranya kepimpinan PKR tidak bertindak terhadap isyarat dari Johor dan tiga lagi PRN, Sabah, Melaka dan Sarawak kemungkinan besar parti itu akan kehilangan Selangor pada PRU15.

BACA LAGI: Henti kempen ‘menjadi pilihan presiden’ untuk raih undi – Rafizi

Malah Rafizi turut memberi amaran kepada pemimpin PH Selangor yang mempunyai jawatan supaya bersedia untuk hilang kedudukan itu dalam tempoh tiga atau empat bulan dari sekarang.

“Kalau kita tak lakukan sesuatu setelah apa yang isyarat dari Johor berikan, saudara-saudara di Selangor, ada yang wakil rakyat, ada yang ahli majlis ada yang dapat elaun, saudara semua kena bersedia untuk hilang jawatan dalam tempoh tiga, empat bulan dari sekarang,” katanya.

Menurut Rafizi, sekiranya PKR dan PH hilang kerusi di Selangor pada PRU15 ini gabungan itu akan menempuh jalan berliku pada PRU16.

“Kalau kita kalah di Selangor, untuk kembali (tawan) semula ambil masa lama. Kalau kita hilang Selangor, sukar untuk kita sampai ke Putrajaya.

“…. dan untuk kita menang satu kerusi dalam PRU16, ia bukan perkara mudah yang kita fikirkan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here