‘Atan’ minta Perdana Menteri carikan jodoh

0
2

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra bersama seorang insan istimewa, bernama Zaidi atau lebih dikenali sebagai Atan sebelum majlis berbuka puasa di Bera, Pahang, semalam.

Menerusi video yang dikongsi di Facebooknya, memaparkan beliau menanyakan apa keperluan yang Atan mahukan untuk Aidilfitri ini, dan dilihat Atan cukup selesa di sampingnya malah dia juga sempat ‘mengusik’ kembali Perdana Menteri itu dengan mengatakan hendak berkahwin.

Dengan reaksi terkejut dan geli hati, Ismail Sabri berkata: “Kahwin takkan saya nak carikan, kena cari sendiri.”

Menurut Perdana Menteri, Atan amat manja dan rapat dengan dirinya kerana mereka sudah lama mengenali satu sama lain.

“Zaidi (Atan) insan istimewa (OKU) dari Felda Purun yang ceriakan suasana sebelum berbuka puasa… Saya mengenali Atan ni sejak lama dulu lagi… sangat rapat dan manja dengan saya.

BACA LAGI: Ebit belanja rider Grab, Gojek minyak percuma

“Pada mulanya Atan minta topi, baju raya, kerusi roda. Minta nak kahwin.. Insya Allah kita tunaikan permintaan beliau kecuali kahwin. Sebab kahwin kena ada pasangan dahulu… hehe Atan sentiasa menghiburkan. Saya doakan Atan sentiasa dilindungi oleh-Nya,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut meninggalkan pesanan untuk semua agar sentiasa peka dan melindungi OKU kerana mereka amanah Allah SWT yang harus dilaksanakan dengan ikhlas dan jujur. – Malaysiapost

Kunjungi bahagian Resam Hidup untuk baca cerita yang terkini dan menarik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here