Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands masih ditutup – JKR

0
3

LALUAN Persekutuan FT185 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Seksyen 27 di Ipoh, Perak masih ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan kerana masalah cerun akibat hujan lebat berterusan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kinta, berkata pemeriksaan oleh Cawangan Pakar mendapati keadaan cerun masih belum selamat untuk dilalui kenderaan sehingga kerja-kerja pembersihan runtuhan tanah dijalankan sepenuhnya.

“Notis penutupan ini disambung bermula dari hari ini sehingga ke tarikh yang akan dimaklum kelak.

“Pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif Jalan Persekutuan FT059 Jalan Tapah-Cameron Highlands untuk jalan perhubungan sementara. Kesulitan amatlah dikesali,” menurut kenyataan, hari ini.

JKR Daerah Kinta berkata, pengguna jalan raya diingatkan untuk merancang perjalanan dan mematuhi arahan papan tanda keselamatan di tapak serta pihak berwajib.

Pada 2 Disember lalu, dua maut selepas kenderaan dinaiki iaitu Toyota Alphard dan sebuah lori tertimbus dalam runtuhan tanah menyebabkan laluan berkenaan ditutup kepada semua kenderaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here