Sudah-sudah lah kelirukan rakyat, tegur Ku Nan kepada Annuar Musa

0
2
Foto Kredit: Bernama
Foto Kredit: Bernama

BEKAS Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegur Tan Sri Annuar Musa agar berhenti berpolemik berhubung kedudukan Pengerusi Barisan Nasional (BN) ketika ini. 

Menurutnya, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sememangnya layak menjadi Pengerusi BN berdasarkan Perlembagaan yang tertera dalam gabungan itu. 

“Saya sedih kenapa komen itu dilontarkan kerana Pengerusi BN sekarang ialah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Kita ada Perlembagaan BN tertera siapa yang menjadi Presiden Umno dan dipilih di kalangan parti-parti kompenen, dia dipilih menjadi Pengerusi BN.

“Jadi tidak timbul masalah ini. Pada saya jangan kelirukan rakyat, sudah-sudah lah Annuar Musa. Cukup-cukup lah. 

“Kalau kamu suka belah sana, pergi belah sana saja lah. Tak payah tunggu sini kerana nak harapkan jawatan, di sana pula dapat jawatan. Jangan fikir itu semua. Kita fikir untuk masa depan negara,” katanya dipetik klip video Suara TV, semalam. 

Mengulas lanjut, beliau yang mesra dikenali sebagai Ku Nan berkata, apa yang berlaku adalah keizinan Allah dan tidak boleh menjangkakan apa yang akan berlaku pada masa hadapan mengikut apa yang dirancang sekarang. 

“Sekarang ni kebetulan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Naib Presiden Umno. Nasib dia lah. Dia jadi lah Perdana Menteri. 

“Lepas tu ada pula cerita kononnya bukan bermaksud dia jadi ‘poster boy’ bukan jadi Perdana Menteri, itu terserah kepada Allah lah. Mana kita tahu. Di Johor pun Hasni jadi poster boy, tahu-tahu orang lain jadi Menteri Besar,” jelasnya.

Kelmarin, Annuar dilapor berkata sudah tiba masanya Ismail Sabri turut diberi amanah sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Pengarah Utama Jentera Pilihan Raya BN

Sebagai calon Perdana Menteri juga, beliau berkata Ismail Sabri perlu diberi seluas-luas ruang untuk mencorakkan pentadbiran yang mampu membawa orde baharu politik negara yang lebih segar, bersih, berintegriti serta mampu memulihkan negara.

Terdahulu, dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno, Jumaat lalu, memutuskan sebulat suara Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti. 

Justeru, Ku Nan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, semua ahli Umno perlu berhenti berpolemik perkara yang tidak memberi manfaat kepada parti, sebaliknya bersatu padu sekali gus fokus memajukan negara. 

“Tengok apa berlaku di Pakistan. Apa dah berlaku di Sri Lanka baru-baru ni. Bankrap negara. Adakah itu yang kita hendak. Jangan. Kita mesti bersama-sama sayangkan negara. 

“Renti-rentikan lah itu semua, mari kita bersatu untuk memajukan negara kita ini,” katanya. – Malaysiapost

.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here