Basikal lajak: Michael Ang mengamuk, dituduh rasis pertahan pemandu wanita

0
3
https://www.instagram.com/p/Ca2L5ejPkMD/

PENGARAH dan penerbit sensasi, Michael Ang kesal dengan sikap netizen yang masih mengamalkan sentimen perkauman terhadap sesuatu isu melibatkan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya hari ini, Micheal meluahkan perasaannya yang menerima kecaman daripada segelintir netizen kononnya dia mempertahankan tindakan pemandu wanita yang terlibat dalam insiden basikal lajak, kerana sebangsa dengannya

Jelasnya, tindakan dia menyifatkan hukuman penjara 6 tahun yang diterima Sam Ka Ting sebagai tidak patut, telah disalah tafsir segelintir netizen.

“Hmmm kau orang netizen tak ada modal lain ke kalau nak berhujah. Balik-balik guba racism! Dah 2022 ‘racism is so yesterday’.

“Just because I cakap tak rasa perempuan tu patut dipenjara 6 tahun. Dengan segera statement dia kaum kau, kau back up la. Apa yang bodoh sangat tu,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang kerani wanita, Sam Ke Ting dijatuhkan hukuman enam tahun penjara dan denda RM6,000 kerana memandu secara melulu yang menyebabkan kematian lapan remaja menaiki basikal lajak pada 18 Februari 2017.

Susulan itu, satu petisyen merayu pembebasan Sam Ke Ting, 27, di laman Change.org telah menerima hampir 800,000 tandatangan, setakat jam 5.30 petang semalam.

Segelintir netizen menyatakan sokongan kepada wanita berkenaan dan menyifatkan hukuman yang dikenakan terlampau berat sedangkan wanita terbabit hanyalah mangsa keadaan.

Dalam pada itu, Michael berkata, dia akan menegur jika sesuatu perkara dirasakan tidak betul, tanpa mengira bangsa.

“Hey aku tak kisahlah kalau dia Cina ke Melayu ke India ke kalau aku rasa ‘it is not right i will say it’.

“Kalau la driver tu mabuk aku tetap akan suruh mahkamah untuk gantung sampai mati aje dia tak kira bangsa. ‘Not everyone is a racist bigot ok’! Nak hanjingkan orang, cuba jadi kreatif lagi ya,” katanya. – Malaysiapost

Kredit Foto: Instagram Michael Ang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here