Ebit Lew berkolaborasi dengan Opick, rakam suara bersama

0
2

PENDAKWAH bebas, Ebit Lew yang kini dalam misi kemanusiaan di Indonesia memberi gambaran bakal tampil berkolaborasi dengan penyanyi dan pendakwah terkenal, Opick tidak lama lagi.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Ebit memuat naik gambarnya bersama Opick di sebuah studio rakaman bersama beberapa lagi individu lain.

Opick (kiri), anaknya (tengah) dan Ustaz Ebit Liew (Kanan).

“Doakan yer. Ebit Lew ft Opick,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.

Bagaimanapun, tiada keterangan lanjut berkenaan karya yang bakal dihasilkan gabungan dua pendakwah tersohor itu.

Ustaz Ebit Liew di studio rakaman suara.

Semalam, Ebit meluahkan rasa gembira sempat bertemu dengan pelakon dan Youtuber terkenal, Baim Wong di kediaman rumah pelakon itu di Jakarta.

Dalam pertemuan itu, Ebit menyifatkan pelakon berusia 41 tahun itu sebagai seorang yang dermawan serta baik hati.

Katanya, beliau dan Baim mempunyai rancangan untuk melaksanakan misi kebajikan bersama di Indonesia dan merancang untuk melakukan misi kemanusiaan ke Afrika pada masa hadapan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here