MCA sokong Ismail calon PM bagi PRU-15

0
2

PARTI kompomen BN, MCA menyokong penuh keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno hari ini yang sebulat suara bersetuju mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata beliau yakin keputusan itu dibuat berdasarkan kecemerlangan Perdana Menteri mengemudi negara.

“Saya rasa ini adalah satu keputusan diterima baik dan memberi hala tuju yang jelas Umno dan BN untuk menawan semula Putrajaya pada PRU-15 nanti.

“Saya yakin dengan sokongan rakyat momentum ini dapat kita kekalkan dan melakukan terbaik sekurang-kurangnya mencapai keputusan lebih baik daripada PRU lalu.

“Kita perlu sama-sama berdoa dan berikhtiar sekarang,” katanya ketika kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di WTC, Kuala Lumpur, hari ini.

Jelas Ka Siong, keputusan itu dilihat berupaya memperkukuhkan dan mengembalikan kegemilangan BN.

Terdahulu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu kenyataan memaklumkan mesyuarat Majlis MKT Umno hari ini sebulat suara mencadangkan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri bagi PRU-15.

Katanya ketetapan itu dicapai dalam mesyuarat dipengerusikan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“MKT Umno sebulat suara mencadangkan agar Yang Amat Berhormat (YAB) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi calon Perdana Menteri bagi menghadapi PRU-15,” katanya.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here