Puad sedia beli lukisan ‘Parlimen beruk’ jika dilelong

0
2

AHLI Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi menyatakan kesediaan untuk membeli lukisan ‘Parlimen beruk dan katak’ jika ia dilelong suatu hari nanti.

“Saya sedia membeli ‘lukisan Parlimen beruk dan katak’ jika Sultan Selangor satu hari nanti, mahu melelongnya.

“Jika lukisan itu milik saya, ia tidak akan dijual lagi. Saya akan hadiahkan kepada Muzium Negara untuk dipamerkan kepada orang awam,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Kelmarin, media melaporkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membeli karya lukisan yang memaparkan Dewan Rakyat yang dipenuhi haiwan seperti katak dan monyet.

Karya itu hanya menampilkan tiga wajah manusia seakan-akan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan dua orang lagi kakitangan Parlimen.

Sebaliknya, kesemua tempat duduk dalam Dewan Rakyat diisi oleh haiwan-haiwan seperti katak, monyet, beruk dan gorila. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here