‘Hamil.. saya aminkan sahaja’ – Nelydia Senrose

0
2

PELAKON Nelydia Senrose, 27, menganggap berita mengenai kehamilannya sebagai doa setelah timbul desas desus dirinya kini sedang berbadan dua selepas kepulangannya dari Mekah.

Biarpun sedikit terkejut dengan kenyataan bahawa dia kini sedang berbadan dua, tetapi pemilik nama sebenar Nik Zaris Nelydia Nik Sen juga berharap peminat mendoakan dirinya bergelar seorang ibu.

“Allah, saya mengaminkan saja. Tapi belum ada berita ke arah itu (hamil). Insya-Allah, doakan,” katanya.

Mengulas berkenaan penampilannnya yang kini bertudung, Nelydia berkata dia masih lagi ‘budak’ baru belajar dan berusaha untuk ke arah lebih baik.

Katanya, dia tidak meletakkan sebarang had pemilihan watak lakonannya kerana penampilan bertudungnya kini masih baharu.

“Saya tak beri apa-apa kenyataan sampai sekarang sebab saya belum ‘ready’ (bersedia) lagi. Tapi, sebelum saya bertudung atau sudah bertudung ke, saya sentiasa ‘open’ (terbuka) untuk sesuatu yang baharu.

“Saya tak letak sebarang had selagi ia tidak melanggar atau keterlaluan. Saya mahu terus mencuba sesuatu yang baharu,” katanya.

Penampilan adik kepada pelakon Uqasha Senrose mencuri perhatian ramai pihak selepas mula bertudung selepas pulang dari mengerjakan umrah bersama suami pada Disember, tahun lalu.

Nelydia berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid dalam majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka, pada 6 April 2019. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here