Lelaki naik bonet dipercayai kurang siuman

0
2

SEORANG lelaki yang duduk di atas bonet sebuah kereta yang sedang bergerak di Kilometer (KM) 210 Jalan Johor Bahru ke Seremban, Sabtu lalu dipercayai kurang siuman.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Bahrin Mohd Noh berkata siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku pada jam 6 petang, 9 April lalu.

“Ia berlaku ketika pemandu kenderaan itu sedang memandu perlahan dengan secara tiba-tiba datang seorang lelaki dipercayai kurang siuman menaiki bahagian bonet belakang dan enggan turun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bahrin berkata, oleh kerana bimbang akan keselamatan diri dan keluarganya, pemandu terbabit tidak berhenti dan terus memandu di atas jalan raya.

“Namun tidak lama kemudian selepas beberapa kilometer berada di atas bonet, lelaki kurang siuman tersebut turun berhampiran Pekan Gemas,” katanya.

Beliau berkata, kes itu masih lagi di dalam siasatan pihak polis.

Semalam, tular video memaparkan seorang lelaki  berada di atas bonet belakang sebuah kenderaan yang sedang bergerak dari Batu Anam menghala ke Pekan Gemas. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here