Nicky Liow mengaku tak bersalah 26 pertuduhan

0
3

AHLI Perniagaan Nicky Liow didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini, atas 26 pertuduhan berkaitan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLAFTA).

Nicky atau nama sebenarnya Liow Soon Hee, 34, yang juga pengasas Winner Dynasty Group, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu yang dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim, Helina Sulaiman.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan antara 2016 hingga 2021, lapor Berita Harian.

Terdahulu, puluhan pengamal media yang menunggu di lobi utama kompleks mahkamah itu tidak dapat merakam gambar dan video ketibaan ahli perniagaan berkenaan berikutan suspek dibawa masuk mengikut laluan lain.

Semalam, media melaporkan selepas setahun melarikan diri daripada pihak berkuasa, Nicky akhirnya menyerah diri kepada polis.

Nicky menyerah diri di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Menara KPJ, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, jam 11 pagi semalam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here