Padah meriam karbaid tepi jalan

0
2

POLIS Pulau Pinang sedang mengesan sekumpulan lelaki bermain meriam karbaid di tepi jalan sekitar Permatang Rawa, Bukit Mertajam selepas video aktiviti itu tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata video berdurasi dua minit 20 saat itu memaparkan sekumpulan lelaki bermain meriam karbaid di tepi jalan menyebabkan gangguan bising kepada penduduk setempat.

Katanya, siasatan mendapati kumpulan lelaki berkenaan melakukan aktiviti tersebut di Jalan Permatang Rawa di Bukit Mertajam.

“Pihak polis masih lagi menjalankan siasatan bagi mengesan suspek yang terlibat dalam video tersebut,” katanya seperti dilapor Astro Awani.

Sehubungan itu, Shafee menasihati orang ramai supaya tidak bermain mercun atau meriam karbaid kerana ia suatu kesalahan di bawah seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Terdahulu, video berkenaan dimuat naik di halaman Twitter ‘Malaysia Most Viral’ yang mengecam tindakan sekumpulan lelaki tersebut memandangkan perkara itu boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang lain terutamanya bunyi yang dihasilkan terlalu bising. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here