Tempat duduk Guan Eng, Kit Siang berubah

0
2

SUSULAN pemilihan DAP baru-baru ini, terdapat perubahan posisi dalam barisan pertama blok pembangkang di Dewan Rakyat.

Berkongsi mengenainya, Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke kini diletakkan pada kedudukan ketiga selepas Presiden PKR selaku Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Menurut Presiden MCA itu, kedudukan Lim Guan Eng dianjak ke tempat kelima selepas Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Sementara itu, tempat duduk Lim Kit Siang telah diubah dan tidak lagi berada di barisan pertama blok pembangkang kerana Ketua Parlimen DAP yang dahulu dipegangnya telah digantikan oleh YB Nga Kor Ming.

“Maka, tempat duduk Nga adalah bersebelahan dengan Lim Guan Eng dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

“Tahniah YB Anthony dan YB Nga,” tulisnya di Facebook hari ini.

Hari ini Dewan Rakyat bersidang bagi membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2002. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here