PN adalah parti utama dalam kerajaan ketika ini – Muhyiddin

0
2

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pimpinan parti-parti gabungannya mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa PN adalah parti utama yang membentuk Kerajaan Persekutuan ketika ini

Bekas Perdana Menteri kelapan itu berkata, maka rundingan perlu dibuat dengan PN terlebih dahulu dalam menentukan tarikh pembubaran Parlimen.

Katanya, perkara tersebut dimaklumkan dalam pertemuan bersama Perdana Menteri, semalam.

“Semalam saya dan pimpinan parti-parti anggota Perikatan Nasional telah mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di Sri Perdana diikuti majlis berbuka puasa.

“Yang hadir ialah YB (Yang Berhormat) Tuan Guru Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, YB Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan, Presiden STAR Sabah, YB Datuk Seri Yong Teck Lee, Presiden SAPP dan YB Senator Datuk Dr Dominic Lau, Presiden GERAKAN.

“Kami membincangkan hal ehwal semasa yang berkaitan dengan kepentingan rakyat dan negara,” katanya.

Muhyiddin berkata, dalam pertemuan itu juga menekankan hubungan kerjasama dengan PN dalam Kerajaan Persekutuan dan memberikan komitmen untuk berunding dengan PN dalam menentukan dasar-dasar utama negara.

“Saya juga antara lain mengingatkan YAB Perdana Menteri bahawa PN sebagai parti utama yang membentuk Kerajaan Persekutuan hendaklah dirunding terlebih dahulu dalam menentukan tarikh pembubaran Parlimen,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here