TAREKAT Naqsyabandiah al-Aliyyah Syeikh Nazim al-Haqqani dibenarkan untuk diamalkan oleh pengikutnya selagi tidak bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan syariah serta uruf setempat.
Jabatan kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi Facebook berkongsikan kenyataan dari Jabatan Agama Islam Perak, menyatakan Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) ke-117 pada tahun 2020 memutuskan perkara berkenaan.
“Walaubagaimanapun dalam melaksanakan keputusan ini, ia tertakluk kepada pihak berkuasa agama setiap negeri,” kata kenyataan itu.
Sebelum itu, Jakim melalui kenyataan pada 2 April lalu memaklumkan, muzakarah tidak membuat sebarang keputusan untuk meminda atau membatalkan MKI kali ke-4 pada tahun 2000 sebaliknya membenarkan pengikut tarekat itu mengamalkannya selagi tidak bertentangan dengan akidah. – Malaysiapost

