Jabatan semak status vaksin kakitangan untuk bonus raya?

0
2
Petugas mencucuk vaksin AstraZaneca kepada seorang penerima vaksin di PWTC.

Aiman Hanif

TERDAPAT agensi kerajaan yang mahukan status vaksin kakitangan mereka dilengkapkan terlebih dulu sebelum pembayaran bantuan khas bonus raya sebanyak RM500 dibuat.

Berdasarkan tangkap layar yang dilihat Malaysiapost, arahan dikeluarkan ketua jabatan meminta supaya pegawai melengkapkan status vaksinasi kakitangan di bawahnya bagi tujuan pembayaran bantuan khas Aidilfitri.

Arahan itu dikeluarkan oleh sebuah jabatan kerajaan di Negeri Sembilan.

“Assalamualaikum dan selamat pagi mohon kerjasama tuan/puan lengkapkan status vaksinasi kakitangan di bawah tuan.

“Ini tujuan bagi pembayaran bonus…Sila lengkapkan maklum balas ni pada hari ini juga selum jam 5 petang,” menurut arahan dalam tangkap layar itu yang dilihat Malaysiapost.

Pada 5 April lalu,Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan yang kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah.

Perdana menteri berkata ia termasuk kakitangan di bawah skim Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.

Kerajaan juga katanya, bersetuju untuk memberi bantuan khas sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan.

“Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji April iaitu pada 25 April 2022,” kata Ismail.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here