RUU Anti Lompat Parti perlu disemak semula – Nurul Izzah

0
2
Permatang Pauh MP Nurul Izzah Anwar (right) explaining about the ' ROSE - Towards Cervical Cancer Elimination in Malaysia' programme in Permatang Pauh yesterday. - Starpic by MUSTAFA AHMAD/The Star/26 February 2019.

AHLI Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar meminta strategi perundangan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti disemak semula.

Beliau berkata, sekiranya pindaan ini diluluskan maka kerajaan diberi kuasa penuh dalam menentukan nasib Ahli Parlimen, dan ia seolah-olah menyekat kebebasan dalam berpersatuan.

“Seberapa banyak pindaan ini bergantung kepada niat murni dan baik kerajaan? Jika itu semua bergantung kepadanya, maka ia bergantung pada pasir yang bergerak.

“Ia memberi kerajaan kuasa untuk selama-lamanya melucutkan kerusi Ahli Parlimen. Kita perlu menyemak semula strategi perundangan ini,” katanya dalam satu ciapan di Twitter.

Beliau berkata demikian bagi mengulas ciapan di Twitter daripada seorang peguam yang mendakwa cadangan pindaan RUU Anti Lompat Parti adalah sangat berbahaya.

Dakwa peguam itu, ia tidak akan menghentikan lompat parti tetapi membenarkan kerajaan menyalahgunakan kuasa untuk mengawal parti politik lain.

Menerusi Twitter Sin Yew, RUU itu didakwa menyebabkan seorang Ahli Parlimen kehilangan kerusi.

Peguam itu turut mendakwa pada dasarnya, pindaan yang dicadangkan akan menyebabkan Ahli Parlimen hilang kebebasan berpersatuan apabila membabitkan diri dalam parti politik.

Katanya, ia amat berbahaya kerana kerajaan mempunyai kawalan yang lebih besar ke atas parti politik dan RUU itu hanya sebagai alasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here