BNM perlu sekat GOpinjam – Tok Mat

0
2
Datuk Seri Mohamad Hasan

BANK Negara Malaysia (BNM) perlu menyekat skim pinjaman kredit atau GOpinjam demi melindungi golongan B40, anak muda yang berisiko tinggi terjerumus ke dalam kancah hutang peribadi yang sudah tinggi dalam Malaysia.

Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata nisbah hutang isi rumah berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk akhir tahun 2021 adalah 89 peratus, antara yang tertinggi berbanding dengan ekonomi serantau.

“Kumpulan Touch ‘n Go (TNG) telah memperluaskan jaringan perkhidmatannya dengan menawarkan program pinjaman peribadi terbaharu yang kononnya bersifat inklusif dipanggil GOpinjam.

“Namun kadar faedahnya adalah tidak munasabah dan terlalu tinggi iaitu antara lapan peratus hingga 36 peratus.

“Sehingga kini tiada lagi penjelasan diberikan Menteri Kewangan ataupun pihak kerajaan tentang keperluan dan kewajaran program pinjaman peribadi ini dan maknanya terhadap perkembangan ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad berkata, ekonomi kewangan rumah tangga akan menjadi parah dengan timbunan hutang yang tinggi kadar faedahnya disamping pendapatan yang rendah.

Ujarnya, jika ianya berlarutan akhirnya akan memusnahkan kesejahteraan sesebuah keluarga.

“Menteri Kewangan mesti tampil dengan solusi keusahawanan untuk memberdaya rakyat berpendapatan rendah.

“Melancarkan skim Ah Long model canggih seperti GOpinjam adalah bertentangan dengan amanah dan aspirasi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here