Khairuddin ajak ahli politik laksana ‘gencatan senjata’

0
2

AHLI Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali mengajak semua pemimpin politik agar melaksanakan ‘gencatan senjata’ seketika sempena bulan Ramadan.

Sebaliknya bekas pemimpin PAS itu berkata bulan Ramadan ini adalah masa untuk semua umat Islam meningkatkan hubungan baik serta persahabatan.

“Saya mencadangkan “gencatan senjata” sekejap di kalangan ahli politik sempena Ramadhan. Kita tingkatkan hubungan baik dan persahabatan.

“Fokus pada ulasan membina ketakwaan dan memperkasakan ibadah sepanjang Ramadhan. Ramadhan bulan persaudaraan dan kebajikan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here