GABUNGAN Rakyat Sabah (GRS) sah membentuk kerajaan baharu tepat jam 12 tengah malam tadi. selepas memperolehi 38 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16.
Berdasarkan keputusan rasmi dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Perikatan Nasional (PN) memenangi 17 kerusi, diikuti Barisan Nasional (BN) 14 kerusi dan Parti Bersatu Sabah (PBS) tujuh kerusi.
Warisan Plus pula, Parti Warisan Sabah (Warisan) memenangi 29 kerusi, diikuti PKR dua kerusi dan satu kerusi dimenangi Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko).
Tiga kerusi selebihnya dimenangi calon Bebas iaitu di Pitas, Kuamut dan Kemabong. – MalaysiaPost

